Wednesday, October 20, 2010

Jom kita taubat

Jom kita taubat dengan taubat yang sungguh-sungguh.

Kata-kata nasihat buat diri saya dan kita semua yang sepatutnya bertaubat sebelum terlambat.

(di gali dari kitab imam al Ghazali, Minhajul Abidin dalam bab TAUBAT).

Daftar tajuk:-

1. Wajib taubat.

2. Empat syarat taubat.

3. Sepuloh perbuatan hakikat taubat.

4. Mukadimah taubat.

5. Dosa itu terbahagi 3 (tinggal yang wajib, dosa dengan Allah & dengan manusia).

6. Dosa kamu dengan orang lain.

7. Segeralah engkau taubat, mudah-mudahan aku mati sebelum kembali berdosa lagi.

8. Berdoalah sambil menangis dan menyesal di dalam hatimu.

1.WAJIB TAUBAT.

Wajib bagimu mengerjakan taubat , semoga Allah memberimu taufiq untuk taat. Terus menerus mengerjakan dosa, menjadikan hatimu hitam dan selanjutnya hatimu itu menjadi kelam dank eras, tidak ada kebersihan dan keheningannya dalam mengerjakan ibadah, jika Allah tidak memberikan Rahmat, maka hati yang demikian akan menarik pemiliknya kedalam kekufuran dan kecelakaan. Sungguh benar orang yang mengatakan; bahawa bila engkau tidak kuat mengerjakan sembahyang, itu satu tanda bahawa engkau terbelenggu oleh dosamu.

RENUNGKAN KATA-KATA DIBAWAH INI.

Dan bagaimana akan menjadi baik bila engkau meninggalkan yang halal dan tidak henti-hentinya mengerjakan yang haram ? dan bagaimana akan boleh menjadi baik jika engkau munajat dan berdoa sambil memuji Allah, sedang ALLAH MURKA KEPADAMU ? sebab engkau tidak henti-hentinya melakukan perkerjaan dan perbuatan yang menjadi KEMURKAAN ALLAH . demikianlah keadaan orang yang tidak mahu menghentikan maksiat.

Semoga Allah member pertolongan kepada kita untuk dapat melaksanakan taubat. Jika engkau bertanya apa maknanya taubat nasuha itu dan bagaimana batasnya dan apa yang harus dikerjakan oleh seseorang supaya ia dapat bersih dari seluruh dosa ? jawabnya ialah bahawa taubat itu suatu usaha dari beberapa pekerjaan hati, singkatnya ialah membersihkan hati dari dosa.

Berkata guru kami rohimahullah bahawa taubat itu ialah jangan lagi mengerjakan dosa yang telah dikerjakan dan seluruh dosa yang setingkat dengan itu, dengan mengagungkan Allah dan TAKUT AKAN MURKA ALLAH.

2. EMPAT SYARAT TAUBAT. Dengan demikian, syrat taubat ada empat;-

1. Meninggalkan dosa dengan sekuat hati dan sekuat-kuat azam, berarti ia tidak akan kembali mengerjakan hal-hal seperti itu sama sekali. Jika terlintas dalam hatinya bahawa mungkin pada satu waktu ia akan mengerjakan lagi, maka itu belum dapat dikatakan taubat, demikian pula jika tidak ada kepastian dalam azamnya, kerana mundur maju dalam hatinya untuk menghentikan dosa itu dan ini hanya disebut penghentian dosa sementara dan belum dapat disebut taubat.

2. Syarat taubat itu ialah menghentikan atau meninggalkan semua dosa yang telah ia kerjakan sebelum ia taubat, kerana jika ia tidak mengerjakan dosa seperti dosa yang lalu itu namanya ia menjaga dan bukan taubat.

3. Bahawa dosa yang pernah dilakukannya itu harus setimpal dengan dosa yang ditinggalkan sekarang. Seorang yang sudah tua, asalnya dia berzina, kerana dia sudah tua Bangka dia sudah tidak boleh berzina lagi, padahal ia masih ingin melakukanya, namun kerana ketuaannya, dia tidak kuat lagi untuk berbuat demikian dan akhirnya ia bertaubat dari perbuatan yang buruk itu. Dia masih boleh bertaubat, kerana pintu taubat belum tertutup. Tapi kalau ajal menjemputnya sebelum sempat dia bertaubat, bagaimana ? Caranya bertaubat ialah ia meninggalkan dosa yang setimpal dengan zina, yakni meninggalkan dosa-dosa yang walau sudah tua Bangka namun masih boleh melakukanya, misalnya berdusta, mengumpat, menuduh orang lain berzina, mengadu domba. Maka ia harus meninggalkan semuanya itu dengan niat bertaubat dari zina.

4. Harus meninggalkannya kerana ia mengagungkan Allah s.w.t, bukan takut apa-apa, tapi kerana TAKUT DI MURKAI OLEH ALLAH S.W.T. Dan takut kerana hukumanNYA yang pedih. Khususnya kerana itu, tanpa dicampuri hal yang lainnya. Tidak bermaksud keduniaan, ertinya bukan kerana takut oleh orang lain dan juga BUKAN KERANA TAKUT DIPENJARA. Kalau taubat kerana takut dipenjara, bererti taubat terhadap penjara, bukan kerana takut terhadap Allah. Jadi taubat itu harus kerana TAKUT KEPADA MURKA ALLAH, bukan kerana takut dipenjara. Atau bukan kerana dia ada wang, dia masih melakukanya.

Inilah syarat-syarat untuk taubat dan rukun-rukun taubat, dan apabila empat syrat itu berhasil dan secara penuh diamalkan, maka itulah taubat yang sesungguh-sungguhnya taubat yang sejati. Itulah yang dinamakan dalam al-Quran taubat Nasuha.

SEPULOH PERBUATAN HAKIKAT TAUBAT.

Hakikat taubat dari tiap-tiap dosa itu , ada sepuloh perbuatan untuk menyempurnakannya, kecuali kalau orang itu memang tukang bertaubat, kerana IA TAKUT MELAKUKAN DOSA YANG IA TIDAK KETAHUI.

1. Perbuatan pertama yang harus dilakukan dalam bertaubat ialah tidak lagi melakukan dosa tersebut.

2. Kemudian bertaubat tidak akan menceritakannya lagi, bukan sahaja tidak berbuat dosa lagi tetapi menceritakannya pun tidak.

3. Kemudian bertaubat, tidak bercampur gaul lagi dengan orang-orang yang menyebabkan dia melakukan dosa tersebut. Menjauhi teman-teman yang mengajak berbuat dosa lalu benar-benar taubat dari berbuat apa-apa yang biasanya mendorong dia berbuat dosa itu, ditinggalkan sama sekali yang sekiranya boleh menarik dia lagi kea rah perbuatan tersebut.

4. Kemudian jika bertaubat, ia tidak akan mengajak lagi tempat-tempat dia melakukan dosa itu, sebab kini dia sudah betul-betul benci.

5. Bila bertaubat, ia tidak mendengar lagi orang-orang yang berbual tentang dosa itu, kalau ada orang yang berbual tentang dosa yang ia lakukan, dia pergi menjauhi atau dengan jalan menutup telinga, sebab dia kini sudah membencinya.

6. Kemuadian ia taubat dari keinginan di dalam hati, inilah yang paling susah. Jadi hatinya harus di tutupnya sama sekali. Bila ada dorongan lagi, namun dia dapat melawan hawa nafsunya, maka dia memperoleh kemenangan dan inilah taubat yang paling sempurna.

7. Kemudian setelah itu, ia taubat dari kelalaian yang terdahulu, kerana dia merasa bahawa taubat yang pertama kurang dan tidak mencukupi syarat-syarat.

8. Kemudian, kalau dalam taubatnya yang pertama ada sedikit dicampuri tidak kerana Allah, maka ia taubat lagi.

9. Kemudian bertaubat dari kesombongan kerana boleh bertaubat. Ada orang yang membanggakan taubatnya, hal demikian tidak didasari lillahi Ta’ala.

10. Haruslah dia taubat lagi, kemudian bertauhid kepada Allah Ta’ala, supaya bersih, jangan ada yang tidak kerana Allah.

4.MUKADIMAH TAUBAT.

Taubat yang dilakukan dengan begitu sahaja tanpa ada pendahuluannya, maka taubat tersebut akan merasa berat, kerana itu dalam bertaubat juga terdapat pendahuluannya. Adapun Mukadimah Taubat ada Tiga;-

1. Kita ingat dan sedar bahawa dosa itu sangat buruk.

2. Ingat kerasnya hukuman Allah dan MurkaNya. Kita tidak akan kuat menghadapi hukuman dan Murka Allah, kerana sangat berat.

3. Ingat kelemahan kita sendiri dan kurangnya tenaga kita untuk menahan segala hukuman dan Murka Allah itu.

Sebab orang yang tidak kuat atasteriknya matahari, bagaimana ia boleh menahan panas api neraka ? sedangkan panasnya matahari sahaja tidak kuat. Dengan mengingat semua itu, maka menjadi mudah bagi kita untuk bartaubat. Hal ini disebabkan lemahnya iman, padahal didalam Al-Quran banyak sekali menceritakan tentang pedihnya azab api neraka.]

Apabila engkau terus mengingat akan yang tiga macam ini dengan diulang-ulang siang mahupun malam, akhirnya akan mendorong kamu kepada taubat nasuha, taubat yang sebenar-benar taubat. “ketahuilah kamu, bahawa menyesal itu tidak boleh dibuat-buat, sepintas lalu penyesalan itu sangatlah mudah, namun apabila tanpa mukadimahnya, akhirnya penyesalan itu hanyalah dibibir sahaja”. Dikiranya cukup hanya dengan mengucapkan “aku menyesal”, padahal tidaklah demikian, kerana penyesalan yang tidak keluar dari hati sanubari adalah palsu semata.

Maksud menyesal kerana mengagungkan Allah swt. Dan takut akan siksaNYA, sehingga mendorong kamu bertaubat yang sebenar-benar taubat. Maka yang demikian itu ialah, sifat dan kelakuan orang-orang ahli taubat, yang apabila ia ingat akan mukadimah yang tiga itu maka pasti ia menyesal dan penyesalan itu mendorongnya untuk meninggalkan pekerjaan dosa selamanya sampai waktu yang akan dating, kemudian perasaan itu menimbulkan pula dorongan baginya untuk memohon dengan perasaan kerendahan dan kehinaan dirinya, dan sangat mengagungkan Tuhannya.

Selanjutnya, setengah dari syrat taubat itu ialah bahawa jangan sengaja mengerjakan dosa. Ketahuilah apabila engkau yakin dan mengetahui bahawa engkau akan kembali melakukan dosa, padahal ada kemungkinan setelah engkau bertaubat akan dipanggil pulang ke rahmatullah, iaitu sebelum engkau kembali mengerjakan dosa. Dengan demikian engkau termasuk mati yang bahagia, bersih dari dosa dan mati dalam Hasnul Khotimah.

“Adapun jika engkau takut kembali kepada dosa itu, jalannya ialah engkau harus tekad yang pasti dan azam yang kukuh, bahawa engkau benar-benar takut kembali kepada dosa. Hanya dengan rahmat Allah, bagi Allah mudah sahaja untuk mencurahkan kurnia dan nikmatNYA untuk menyempurnakan maksudmu sehingga keadaaanmu tetap dalam keadaan taubat dan tidak kembali lagi dan dosa-dosa yang lampau telah bersih kerana semua telah diampuni Allah.”

Dengan mengingat bahawa ampunan dan pembersihan dosa-dosa itu adalah satu keuntungan dan faedah yang besar bagimu, maka hal itu merupakan bahan untuk menghilangkan ketakutanmu dari kembali kepada dosa, dan melangsungkan maksudmu untuk bertaubat. Dan Allah sangat kuasa member taufiq dan hidayah kepada jalan yang benar.

5.DOSA ITU TERBAHAGI TIGA. –JALAN KELUAR DARI DOSA.

( Tinggal yang wajib, dosa dengan Allah dan Dosa dengan orang lain ).

1. Dosa dengan meninggalkan pekerjaan yang diwajibkan oleh Allah kepadamu, seperti meninggalkan solat, atau mengerjakan dengan niat yang tidak betul, atau meninggalkan puasa atau zakat dan lainnya. Maka jalan keluarnya ialah dengan beransur-ansur membayarnya sekuat mungkin dan sebanyak mungkin dari yang engkau tinggalkan itu.

2. Dosa antara kamu dengan Allah, seperti berzina. Jalan keluarnya dengan cita-cita dan azam yang keras bahawa engkau tidak akan mengulanginya lagi untuk selama-lamanya, kemudian engkau mengerjakan kebaikan setimpal dengan banyaknya dosa-dosamu itu, seperti hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi; Sabda Nabi: “Bertaqwalah kamu, walau dalam keadaan bagaimanapun, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu menghapuskannya dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik”. Dan Firman Allah: “Sesungguhnya amal yang baik itu menghapuskan segala kejahatan”.

3. DOSA ANTARA KAMU DAN ORANG LAIN , hal yang sangat sulit dan berat kerana ia timbul lima perkara. satu,menyangkut urusan harta. Dua, urusan diri. Tiga, urusan perasaan. Empat, urusan kehormatan dan lima urusan agama.

6. DOSA ANTARA KAMU DAN ORANG LAIN

1. Dosa yang timbul dari urusan harta seperti kianat, mengambil hak orang lain, memalsu, mencuri dan lainnya. Untuk membersihkan dosa-dosa tersebut, engkau wajib mengembalikan hak-hak itu kepadaq tuannya. Kalau tidak dapat, kerana engkau fakir, maka wajib bagi engkau untuk meminta dihalalkan dari orang-orang yang bersangkutan dan kalau inipun tidak dapat dikerjakan kerana yang bersangkutan tidak ada atau meninggal dunia, maka hendaklah kamu banyak-banyaklah bersedekah untuk yang bersangkutan, dan jika demikian juga tidak dapat, maka banyak-banyaklah melakukan amal baik, sehingga dalam masa perhitungan di akhirat nanti, memadai kebaikanmu untuk menggantikan hak-hak yang bersangkutan. Inilah jalan yang ditempuh oleh setiap orang yang bertaubat dalam mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi itu. Kemudian engkau mohon dengan segala kerendahan hati lahir dan batin, agar Allah menjadikan yang bersangkutan meridoimu pada Hari Kiamat nanti.

2. Adapun dosa yang timbul kerana pennzaliman terhadap diri orang lain, seperti membunuh atau memfitnah, hendaklah engkau memberi kesempatan kepadanya atau kepada walinya untuk membalas atau memaafkan engkau. Jika itu tidak dapat dilaksanakan, maka kembalikan kepada Allah bermohon dengan bersangatan dan ikhlas, agar menjadikan yang bersangkutan meridoimu pada Hari Kiamat.

3. Adapun kezaliman dengan menyakiti perasaan orang lain seperti mengumpat, menuduh atau memakinya, maka disana ada tafsil (perincian), iaitu apabila engkau mengumpat atau menuduh, atau memaki-maki orang, hendaklah engkau memberitahu pada orang yang mendegarnya bahawa engkau sebetulnya telah berbohong, jadi apa-apa yang telah engkau ucapkan itu semua bohong, kemudian engkau meminta maaf kepada orang yang telah diumpat itu, tapi jika itu tidak mungkin dilakukan kerana dikuatirkan jadi bertambah marahnya, atau bergolaknya fitnah atau menambah perasaan marah dan fitnah, jika demikian halnya, tidak ada jalan lain bagimu kecuali bermohon kepada Allah agar menjadikan yang bersangkutan rela meridoimu dan agar member kebaikan yang lebih banyak sebagai penganti atas rasa sakit perasaannya, dan engkau perlu memperbanyak istifar untuk yang bersangkutan. (“ALLAHHUMMA IKFIRLANA WALAHUM “ ERTINYA “YA ALLAH AMPUNILAH AKU DAN DIA” (ORANG YANG AKU UMPAT DAN SAKITI ITU).

4. Adapun kezaliman dengan melanggar kehormatan orang lain, seperti engkau menghianati kehormatan dirinya atau anak isterinya atau kerabatnya dan sebagainya, maka tidak ada jalan lain selain minta dimaafkan atau diceritakan kepada yang bersangkutan sebab hal ini akan menimbulkan fitnah dan kemarahan yang sangat dan satu-satunya jalan ialah bermohon kepada Allah agar menjadikan yang bersangkutan meridoimu, dan agar memberikan kebaikan yang setimpal dengan kerugiannya. Tapi jika sekiranya aman dari fitnah, maka minta maaf dari yang bersangkutan adalah lebih utama.

5. Adapun kezaliman dalam hal agama, seperti engkau mengkufurkan seseorang atau membid’ahkannya atau menggolongkanya sesat, maka hal itu sulit pula untuk mencari penyelesaiannya, kerananya engkau harus mengaku bohong dalam perkataanmu dan selanjutnya minta dimaafkan jika sekiranya hal itu dapat dikerjakan. Tapi jika tidak dapat dilakukan maka engkau harus bermohon dengan ikhlas dang sangat dengan perasaan menyesal agar Allah menjadikan yang bersangkutan meridoimu.

Dalam hal ini , hasil dari pembicaraan ialah apabila engkau dapat meminta rido yang bersangkutan maka kerjakanlah, dan bilamana tidak dapat, kembalilah kepada Allah dengan tadarru’ (merandah diri) dan mohon dengan bersangatan dan memperbanyak sedekah kepada fukaro (orang-orang fakir) dengan harta yang halal, agar Allah menjadikan yang bersangkutan rido kepadamu.

Maka keadaan yang demikian itu ada pada ‘kehendak Allah’ iaitu pada hari kiamat , dan mengharap kurnia Allah yang Agung dan IhsanNYA yang merata, mudah-mudahan akan diketahui kebenaran hati hambaNYA, agar Allah membuat yang bersangkutan menjadi rido dengan perbendaharaan kurniaNYA yang disediakan untuk kekasihNYA yang mukmin dalam menolak kezaliman.

Maksud hadis : “ada dua orang umatku memperhitung tentang haknya di hadapan Allah, sedangkan kebaikan saudaranya telah habis, maka pikullah dosa orang yang engkau zalimi itu. Tetapi Allah telah memperlihatkan sorga kepada orang yang menuntut haknya dari saudara yang menzalimi itu. Untuk siapa yang dapat membayarnya dengan mengampunkan saudaramu yangtelah menzalimi kamu. Kalau demikian, ‘maafkanlah saudaramu dan pimpinlah tanganya dan masuklah kamu kedua-duanya ke dalam sorga’. “bertaqwalah kamu dan perbuatlah ketulusan diantara kamu, kerana Allah menyukai ketulusan dan kerukunan diantara kaum mukminin.” Ini satu peringatan bahawa kebahagian itu hanya boleh didapati oleh orang yang gemar adanya kerukunan diantara sesamanya, dengan memaafkan antara satu dengan lainnya. Kerana itu perhatikan hal ini dan penuhi haknya, mudah-mudahan engkau mendapat petunjuk dari Allah.

Dan jika semua hal ini telah engkau laksanakan, tapi engkau belum dapat menunaikan kewajipan yang telah engkau tinggalkan, seperti sembahyang, puasa dan sebagainya dan belum pula dapat mengembalikan hak orang yang engkau zalimi, maka hak-hak itu tetap menjadi tanggunganmu dan engkau harus membayarnya. Adapun dosa-dosa selain itu, Allah telah mengampuninya dengan taubatmu itu.

Wajib engkau sedar dan bersungguh-sungguh dalam beramal, mudah-mudahan dapat menanggalkan akar-akar isror (tidak mahu taubat) dari hatimu , dan dapat membersihkan badanmu dari dosa-dosa dan jangan sekali-kali merasa aman dari kerasnya hati yang disebabkan dosa itu dan renungkanlah keadaan dirimu, jika ada dosa, segeralah bertaubat, dan jika selamat dari dosa bersyukurlah kepada Allah dengan mengerjakan ta’at.

Orang-orang soleh berkata: “hitamnya hati itu disebabkan mengerjakan dosa. Tanda hitamnya hati ialah seseorang tidak merasa takut dalam mengerjakan dosa, dan tidak merasa manis dengan mengerjakan taat dan tidak mahu menerima nasihat. Dan jangan sekali-kali engkau meremehkan dosa, sehingga engkau menyangka bahawa dirimu sudah taubat, padahal sebetulnya engkau terus-menerus mengerjakan dosa besar akibat engkau memandang kecil dosa itu. Cubalah renungkan dirimu dan hisablah dia sebelum dihisab nanti pada hari kiamat dan segeralah bertaubat sebelum mati, sebab ajal itu tidak diketahui bila tibanya, sedang duni ini hanya tipuan, nafsumu dan saitan keduanya itu musuhmu, rendahkan hatimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah.”

7.SEGERALAH ENGKAU BERTAUBAT , MUDAH-MUDAHAN AKU MATI SEBELUM KEMBALI BERDOSA LAGI.

Jika engkau sudah taubat, kemudian kembali lagi mengerjakan dosa, maklum saitan selalu mengoda,terutama terhadap orang-orang yang sudah bertaubat, dia sangat benci dan terus menerus menggodanya supaya kembali berbuat dosa, jika terjadi begitu, segeralah dan cepat-cepatlah engkau bertaubat lagi serta katakana pada hatimu, “mudah-mudahan aku mati sebelum kembali berdosa lagi” . Amin.

Dan demikianlah hendaknya sampai ketiga, keempat kalinya dan seterusnya, sebagaimana engkau sering berdosa, harus sering pula bertaubat. Tapi jangan keinginanmu dalam bertaubat itu lebih lemah daripada keinginanmu untuk berbuat dosa, dan jangan sekali-kali engkau putus asa dari ampunan Allah dan RahmatNYA. Hadirkan dalam hatimu Firman Allah: “DAN SIAPA-SIAPA YANG MENGERJAKAN KEBURUKAN ATAU MENZALIMI DIRINYA SENDIRI DENGAN BERBUAT DOSA KEMUDIAN MOHON AMPUN KEPADA ALLAH, MAKA PASTI ALLAH MENGANGAMPUNI DAN MENGASIHINYA”.

Dan jangan engkau dapat dihalangi oleh saitan untuk bertaubat jika berdosa lagi, sebab sering bertaubat adalah tanda diperbaik.. seperti Sabda Nabi : ” YANG SEBAIK-BAIK DIANTARA KAMU IALAH YANG SERING TERGODA TAPI SERING BERTAUBAT, SERING KEMBALI KEPADA ALLAH DENGAN PERASAAN MENYESAL ATAS DOSA DAN DENGAN ISTIFAR”.

Kesimpulannya, apabila engkau mulai bertaubat, maka buanglah dosa-dosa itu dari hatimu dan kuatkan maksud dalam hatimu bahawa engkau tidak akan kembali lagi sama sekali mengerjakan dosa itu, kecuali bila terjadi dengan tidak disengaja, yang tantu Allah akan mengetahui dari azammu yang sebenarnya, yang timbul dari hati yang bersih, lalu engkau mencari keridoan lawan-lawanmu sekadar mungkin, kemudian mengkodo’ yang tertinggal dari sembahyang dan puasamu dan lain-lainya. Dan kembalilah bermohon kepada Allah dengan sebulat-bulatnya agar Allah mencukupkan dan memaafkan apa-apa yang tidak dapat engkau penuhi dari kekurangan-kekurangan itu.

Selanjutnya engkau terus mandi, lalu berpakaian yang bersih dan terus sembahyang empat rakaat dengan niat sembahyang taubat, setelah sembahyang letakkanlah pipimu ketempat sujud, pada tempat yang sunyi yang hanya dilihat oleh Allah sahaja, mukamu ketanah sambil mencucurkan airmata, dengan hati yang merintih sedih, dan ingat kembali dosamu satu persatu, caci nafsumu yang menyeleweng itu dan maki-makilah dengan perkataan ini : “HAI NAFSUKU, TIDAK MALUKAH ENGKAU TERHADAP ALLAH ? BUKANKAH SUDAH TIBA SAATNYA BERTAUBAT ? KUATKAH ENGKAU MENERIMA SIKSA ALLAH ? DAPATKAH ENGKAU MENAHAN MURKA ALLAH ? “ SAMBIL ENGKAU MENAGIS DENGAN HATI YANG MERINTIH…

8. BERDOALAH SAMBIL MENAGIS DAN MENYESAL DIDALAM HATIMU

(SEBELUM ITU, BERISTIFAR DAN BERSELAWAT KE ATAS NABI S.A.W. ) BARU BERDOA’

“YA ALLAH , INI HAMBAMU YANG DERHAKA, KEMBALI KEPADA PINTU RAHMATMU, HAMBAMU YANG MAKSIAT KEMBALI KEPADA KEBENARAN, HAMBAMU YANG BERDOSA DATANG DENGAN MOHON MA’AF, AMPUNI AKU DENGAN KEMURAHANMU, DAN TERIMALAH AKU DENGAN KURNIAMU, DAN PANDANGLAH AKU DENGAN PANDANGAN RAHMATMU”

“YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA-DOSAKU YANG TELAH LALU DAN PELIHARALAH SISA HAYATKU. SESUNGGUHNYA KEBAIKAN ITU SEMUA ADA PADAMU, DAN ENGKAULAH YANG PALING MENYAYANG DAN MENGASIHI KAMI”

“YA ALLAH, YANG MENZAHIRKAN SEGALA URUSAN YANG BESAR-BESAR, YA ALLAH YANG PENGHABISAN DITUJU OLEH ORANG-ORANG YANG BINGGUNG, YA ALLAH , YANG SANGAT KUASA, APABILA MENGHENDAKI SESUATU MAKA CUKUP DENGAN BERFIRMAN “KUN FAYAKUN”, MAKA JADILAH IA”

“DOSA-DOSA TELAH MELIPUTI KAMI, DAN ENGKAULAH YANG KAMI HARAPKAN UNTUK MENGAMPUNINYA, YA ALLAH, YANG KAMI HARAPKAN UNTUK MELIPUR TIAP-TIAP KEPAYAHAN, AKU SEDIAKAN DIKAU PADA SAAT INI TERIMALAH TAUBATKU, KERANA ENGKAU PENERIMA TAUBAT DAN MAHA PENGASIH”

“YA ALLAH, YANG TIDAK DAPAT DIBIMBANGKAN DENGAN URUSAN-URUSAN YANG BANYAK, DAN DENGAN PENDENGARAN-PENDENGARAN YANG BANYAK. YA ALLAH, YANG TIDAK KELIRU DENGAN BANYAKNYA ORANG YANG MEMINTA. YA ALLAH, YANG TIDAK BOSAN MENERIMA PERMOHONAN YANG TERUS MENERUS, MERENGEK-RENGEK, BERILAH AKU MERASAKAN KETENTERAMAN AMPUNANMU DAN MANISNYA MAGFIROHMU DENGAN RAHMATMU. YA ALLAH, YANG LEBIH MENGASIHI DARI SEMUA YANG MENGASIHI. SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA KUASA ATAS TIAP-TIAP SESUATU”.

“YA ALLAH WAHAI TUHAN KAMI, TERIMALAH DOA’ PERMOHONAN KAMI, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI. DAN TERIMALAH TAUBAT KAMI, YA ALLAH, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENERIMA TAUBAT LAGI MAHA MENGASIHANI, DAN SELAIN DARIPADA ITU KAMI MOHON JANGANLAH KIRANYA TUHAN KAMI TIDAKMENGAMPUNKAN DOSA-DOSA BESAR DAN KECIL YANG ADA PADA KAMI, YA ALLAH YANG MAHA PEMURAH”

“AKHIR KATA, SERUAN BAGI AHLI-AHLI SORGA DI DALAM SORGA, MAHA SUCI ENGKAU YA ALLAH TUHAN KAMI. DAN AKHIR KATA, TABIK HORMAT BAGI MEREKA ITU IALAH SELAMAT SEJAHTERA. DAN PENUTUP KATA-KATA PUJIAN MEREKA IALAH BAHAWA SEGALA PUJI ITU BAGI ALLAH TUHAN PENTADBIR SELURUH ALAM”

“AMIN”

TAMAT.

Tuesday, October 19, 2010

DOSA BESAR

DOSA-DOSA BESAR.

RENCANA INI DI PETIK DAN DI SUSUN SEMULA DARI BUKU,- P : PENYUSUN.

DOSA-DOSA BESAR Oleh H.ABUBAKAR YA’COB,

Penerbit : Firma ‘”ISLAMMYAH” MEDAN 1398-19-78.

DI dapati juga dalam buku,

MAKSIAT-MAKSIAT BESAR Oleh H.ABUBAKAR YACUB,

Penerbit – PUSTAKA MELAYU BARU, KUALA LUMPUR

Cetakan pertama 1976. – Penyusun.

Kata Pendahuluan.

Bismi ‘llahi ‘rrahmaani’rrahim.

…sebahagian kita , saya mengingatkan diri saya sendiri tambah-tambah berani, hari demi hari melakukan DOSA BESAR, dan tidak mengingat lagi akibat yang akan dibalasi Allah dengan SIKSAAN DAN AZAB yang berat dan pedih dikemudian hari, di negeri akhirat nanti.

Maka dari sebabnya, dan sebagai mengingatkan diri saya sendiri dan saling ingat-mengingati sesama kita sebagai umat Islam yang seagama.

Semoga dengan membaca rencana ini, serta memahaminya, dapatlah menjadi peringatan dan membari keinsafan bagi diri saya sendiri dan diri kita semua hendaknya, dan mengharapkan saya dan kita semua dapat kembali ke pangkal jalan, BERTAUBAT, semoga bertambah TAQWA (TAKUT KEPADA AZAB ALLAH), kita kehaderat Allah dan meningalkan perbuatan DOSA BESAR yang saya sama-sama lakukan atau kita sama-sama lakukan selama ini. Dengan menunaikan segala suruhan dan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah (DOSA BESAR). Kiranya kita di tetapkan dalam Iman dan Islam yang sempurna dan tetap dalam TAUBAT dan tetap dalam keta’atan, serta berjaya beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat, serta di jauhkan dari SIKSA ‘AZAB NERAKA.

AAMIIIN.

WASALAM.

P : PENYUSUNAN SEMULA. (2010).

6. SIKSA LIWAT : HOMOSEKS , GAY DAN LASBIAN.

Pada fasal ini kita kemukakan pula bagaimana KUTUK DAN SIKSA bagi yang melakukan pekerjaan atau perbuatan liwat atau homoseks atau istilah masakini dipanggil GAY dan lasbian.

Liwat , homoseks , Gay atau lesbian ertinya dua sejenis mengerjakan PERBUATAN TERKUTUK, hubungan seks sesama jenis, mengadakan persetubuhan lelaki dengan lelaki, atau perempuan dengan perempuan. Dan tegasnya lelaki mensetubuhi dubur lelaki atau cara lainnya, perempuan bersedap-sedapan dengan perempuan, sebagaimana kelakuan umat zaman Nabi Allah Luth pada zaman dahulu.

Liwat , homoseks , Gay , atau lesbian adalah PERKERJAAN DAN PERBUATAN KOTOR DAN TERKUTUK.di sebut liwat asalnya perbuatan ini dilakukan oleh kaum lut, sungguh BESAR DOSANYA.

DI DALAM AL-QURAN DI JELASKAN DALAM SURAH AL-ARAF AYAT 81. BERMAKSUD:

MENGAPAKAH KAMU LEBIH SUKA LELAKI DENGAN LELAKI DENGAN SYAHWAT, TIDAK SUKA KEPADA PEREMPUAN, SESUNGGUHNYA KAMU ADALAH ORANG-ORANG YANG BERLEBIHAN.”

Nabi lut senantiasa menasihati dan menyampaikan kepada kaumnya, JANGAN MELAKUKAN HOMOSEKS INI, tetapi larangan dan nasehatnya itu, tidak diacuhkan dan diindahkan mereka, sehingga ALLAH SANGAT MEMURKAINYA.

DI DALAM AL-QURAN ADA DISEBUTKAN LAGI DALAM SURAH AS-SYUARAK AYAT 165-166 BERMAKSUD:

MENGAPAKAH KAMU CINTA KEPADA (SESAMA) LELAKI DIANTARA ISI ALAM ? KAMU TINGGALKAN ISTERIMU YANG DIJADIKAN TUHAN BAGIMU. SUNGGUH-SUNGGUH KAMU KAUM YANG MELEWATI BATAS.”

Memang penduduk negeri di mana Nabi Allah Lut, di utus, tidak dapat di nasihati lagi. Samalah macam kita semua yang terlibat dengan Gay ini, tidak dapat di nasihati lagi. Mereka (sama juga macam saya atau golongan Gay ). Terus seronok main antara lelaki dengan lelaki, yang sungguh SANGAT KOTOR DAN TERKUTUK SEKALI.

Memanglah perkerjaan dan perbuatan liwat , homoseks, Gay ini suatu perkerjaan dan PERBUATAN YANG KOTOR DAN KEJI , yang tidak seharusnya dikerjakan oleh manusia, hanya satu perkerjaan binatang.

HUKUMAN BAGI YANG MELAKUKAN LIWAT, HOMOSEKS DAN GAY adalah sebagaimana maksud sabda Nabi.s.a.w:

“BARANGSIAPA MENGERJAKAN AKAN PEKERJAAN KAUM LUT ( LIWAT, HOMOSEKS & GAY ), MAKA HENDAKLAH DIBUNUH YANG MEMPERBUAT DAN YANG DIPERBUAT”.

FIKIR-FIKIRLAH DIRI SAYA SENDIRI DAN KAMU YANG TERLIBAT DENGAN PERBUATAN INI, MATI ADALAH LEBIH BAIK BAGI SAYA DAN KAMU YANG SAMA-SAMA MELAKUKAN PERBUATAN TERKUTUK INI – P.

LAGI MENURUT IBNU ‘ABAS R.A:

“JIKALAU MANDI SEKALIPUN (MANDI JUNUB), ORANG YANG MENGERJAKAN LIWAT ITU DENGAN SEKALIAN AIR YANG ADA DI BUMI ALLAH INI, SENTIASALAH IA MASIH DALAM NAJIS HINGGA MATINYA”.

BAYANGKANLAH BEGITU BERAT HUKUMAN ORANG YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERKUTUK INI, SANGUPKAH SAYA ATAU KAMU MENGHADAPINYA? MAKA HENDAKLAH KITA SENTIASA BERTAUBAT.

Dalam Hadis Nabi. s.a.w bermaksud:

TUJUH MACAM ORANG YANG DI LAKNAT ALLAH KELAK DI HARI KIAMAT, SEDANG MEREKA SEDIKITPUN TIADA DI PANDANG ALLAH DENGAN BELAS KESIHAN, BAGI MEREKA ITU SIKSA YANG BERSANGATAN SEKALI IAITU:-

1. ORANG YANG LIWAT (MELAKUKAN HOMOSEKS, HUBUNGAN SEJENIS DAN GAY.

2. ORANG YANG MENYETUBUHI PEREMPUANNYA PADA LUBANG DUBURNYA.

3. ORANG YANG MENJIMAK BINATANG.

4. ORANG YANG SUKA MENGELUARKAN MANI DENGAN TANGANNYA ( ONANI ) ATAU MELANCAP.

5. ORANG YANG MENYETUBUHI ANAK SENDIRI.

6. ORANG YANG BERZINA DENGAN ORANG SEKAMPUNG. SEKARANG INI ( SATU TAMAN PERUMAHAN ).

7. ORANG YANG MENYAKITI ORANG SEKAMPUNG.

SEMUA ITU ADALAH PERBUATAN KAUM NABI LUT, DAN ORANG YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT, AKAN DI SIKSA KELAK DI HARI KIAMAT DENGAN SIKSA YANG PEDIH DAN HEBAT SEKALI. DEMIKIANLAH MENGENAI SIKSA BAGI ORANG-ORANG YANG MELAKUKAN LIWAT, HUBUNGAN SEJENIS ,HOMOSEKS DAN GAY .MAKA HENDAKLAH SAYA SENDIRI DAN KAMU SEMUA SAMA-SAMA KITA SENTIASA BERTAUBAT, MUDAH-MUDAHAN DI AMPUNI SEGALA DOSA YANG LALU. AMIN – P.

TAMAT PETIKAN DARI BUKU DOSA-DOSA BESAR DAN MAKSIAT-MAKSIAT BESAR.

SAYA MENGINGATKAN DIRI SAYA SENDIRI DAN KAMU MAKSUD AL-BAQARAH AYAT 81:-

“BARANG SIAPA BERBUAT DOSA DAN IA TELAH DILIPUTI OLEH DOSANYA, MEREKA ITULAH PENGHUNI NERAKA, MEREKA KEKAL DIDALAMNYA”.

FIKIRKAN DAN RENUNGKANLAH ADAKAH AKU SANGGUP MENANGUNG SIKSA ALLAH ? MAKA ADALAH LEBIH BAIK AKU DAN KITA SEMUA KEMBALI KEPANGGAL JALAN DENGAN MENGINSAFKAN DIRI SERTA BERTAUBAT. DOSA YANG DIBIARKAN TANPA TAUBAT MENEMPAH AZAB DI AKHIRAT.

DI DALAM AL-QURAN DI JELASKAN DALAM SURAH AT TAHRIM AYAT 8 BERMAKSUD:

“WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, BERTAUBATLAH KAMU KEPADA ALLAH DENGAN TAUBAT NASUHA”.

HENDAKLAH AKU DAN KAMU SENTIASA BERTAUBAT DAN MEMOHON AMPUN ATAS DOSA-DOSA YANG LALU. SEPERTI DALAM AL-QURAN SURAH ALI IMRAN AYAT 135 BERMAKSUD:-

“(DAN ORANG-ORANG YANG BERTAQWA) IALAH ORANG-ORANG YANG APABILA MENGERJAKAN PERBUATAN KEJI ATAU MENGANIAYA DIRI SENDIRI LANTAS MEREKA INGAT AKAN ALLAH, LALU MEMOHON AMPUN ATAS DOSA-DOSA MEREKA. DAN SIAPAKAH YANG BERKUASA MENGAMPUNI DOSA-DOSA SELAIN ALLAH ? DAN MEREKA TIDAK MENERUSKAN PERBUATAN KEJI ITU SEDANG MEREKA MENGETAHUI”.

ALLAH MAHA PENGAMPUN DAN MEMBERI RAHMAT.

DI DALAM AL-QURAN DI JELASKAN DALAM SURAH AZ ZUMAR AYAT 53 BERMAKSUD :-

“KATAKANLAH : HAI HAMBA-HAMBAKU YANG MELAMPAUI BATAS TERHADAP DIRI MEREKA SENDIRI, JANGANLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH. SESUNGGUHNYA ALLAH MENGGAMPUNI DOSA-DOSA SEMUANYA. SESUNGGUHNYA DIALAH YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG”.

SEKIAN BUAT MASA INI. SEMOGA SAYA DAN KAMU SEMUA MENDAPAT HIDAYAH DAN PETUNJUK UNTUK KEMBALI KE PANGGAL JALAN SERTA BERTAUBAT DENGAN TAUBAT NASUHA, SEBENAR-BENAR TAUBAT.

AMIN.

P: PENYUSUN.

JIKA ADA SEBARANG NASIHAT BUAT SAYA DAN GOLONGAN SEPERTI SAYA SILA EMAIL TERUS KE shahrommahadi@yahoo.com